Sunday, February 27, 2011

Wawancara Sistem 3K Kelas
Ebi               :  Assalamualaikum, cikgu.
En. Anuar   :  Waalaikumuassalam warahmatullah.
Ebi               :  Kami ingin mewawancara cikgu berkaitan dengan 3K kelas. Saya akan ajukan beberapa soalan. Apakah tujuan sebenar sistem penilaian 3K kelas dilaksanakan?
En. Anuar   :  Sistem penilaian ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan lagi keceriaan sekolah. Berdasarkan pandangan pengetua, tahap 3K kelas harus ditingkatkan lagi. Kebanyakan kelas masih belum memenuhii kriteria 3K yang diperlukan. Justeru, pihak sekolah telah mengadakan semula pertandingan 3K antara kelas.
Ebi               :  Baik. Soalan kedua, bagaimana sebenarnya penilaian 3K kelas ini dijalankan?
En. Anuar   :  Penilaian 3K kelas dinilai oleh 3 orang penilai. Penilai-penilai tersebut ialah guru bertugas 1, guru bertugas 2 dan guru penilai mingguan. Guru mingguan yang dimaksudkan bernama En. Ad’smor bin Sahirin.
Izz                :  Adakah guru mingguan yang cikgu maksudkan tadi bermaksud beliau menjadi penilai 3K kelas setiap minggu?
En. Anuar   :  Ya. Beliau telah ditetapkan sebagai guru penilai 3K untuk setiap minggu. Cikgu Ad’smor dipilih disebabkan beliau tidak memegang mana-mana kelas. Jadi, beliau akan menilai 3K setiap kelas dengan adil.
Ebi               :  Pada masa ini, kelas mana yang sedang mendahului dari segi markah 3K?
En. Anuar   :  Perkara ini tidak boleh diberitahu kerana ianya rahsia.
Ebi               :  Baiklah. Apa masalah yang biasanya dihadapi oleh kelas-kelas berkaitan dengan 3K?
En. Anuar   :  Kebanyakan kelas tidak mempunyai keseragaman dari segi susun atur kelas. Ini menunjukkan kurangnya semangat bersatu padu sesama ahli kelas.
Ebi               :  Pada pendapat cikgu, apakah usaha yang harus dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan 3K kelas?
En. Anuar   :  Pada pendapat saya, pelajar perlu memastikan kelas sentiasa bersih. Kerjasama setiap ahli perlu ada sebagai jaminan peningkatan 3K kelas.
Ebi               :  Soalan yang terakhir, apakah perkara yang dinilai dalam sistem pemarkahan 3K kelas?
En. Anuar   :  Antara perkara yang dinilai ialah keputihan papan putih, kebersihan tingkap, lantai, kipas, tong sampah, keceriaan board depan serta belakang kelas dan susunan meja dan kerusi.
Ebi               :  Baiklah, cikgu. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga maklumat yang dikongsikan oleh cikgu ini dapat memberikan manfaat kepada warga sekolah.
En. Anuar   :  Sama-sama.

No comments: