Sunday, February 27, 2011

1 MALAYSIA

1Malaysia is intended to provide a free and open forum to discuss the things that matter deeply to us as a Nation. It provides a chance to express and explore the many perspectives of our fellow citizens. What makes Malaysia unique is the diversity of our peoples. 1Malaysia’s goal is to preserve and enhance this unity in diversity which has always been our strength and remains our best hope for the future. I hope this website will initiate an open and vital dialogue exploring our Malaysian identity, our purpose, and direction. I encourage each of you to join me in defining our Malaysia and the role we must play in its future. Each of us – despite our differences – shares a desire for a better tomorrow. Each of us wants opportunity, respect, friendship, and understanding.

malaysia vs pakistan


Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama (timbal balik) pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

Dua gol pada awal dan akhir babak pertama memberikan bekalan selesa buat skuad Olimpik negara sebelum membalas kunjungan ke Lahore 9 Mac ini.Gol Malaysia Masing-Masing dijaringkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-3), Mohd Irfan Fazail (minit 45).

Pada perlawanan tersebut, skuad Kim Swee seharusnya menang dengan jumlah jaringan lebih besar tetapi beberapa percubaan tepat jentera serangan negara berjaya dipatahkan penjaga gol lawan, Yousuf Ejaz Butt.

Pujian harus diberi kepada Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih mesra dipanggil Kecik, yang membuka jaringan seawal minit keempat hasil rembatan menarik dari penjuru kotak penalti yang memperdayakan Yousuf untuk gol pertama negara.

Menghampiri waktu rehat, Pakistan terpaksa bermain dengan 10 orang selepas penyerangnya, Ansar Abbas dibuang padang kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum Mohd Irfan Fazail menambah gol kedua tuan rumah.

Pada babak kedua, skuad muda kebangsaan sepatutnya berpesta gol apabila dalam tempoh dua minit pertama, dua percubaan tepat dihasilkan, tetapi kali ini dinafikan Yousuf beraksi cemerlang sepanjang 45 minit terakhir.




RUSUHAN DI MESIR

PERSOALAN SAH DAN BATAL SOLAT

PERSOALAN SAH DAN BATAL SOLAT
SOALAN 1: Sah ataupun tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang dimana seekor lintah sedang menghisap darah di kakinya?
JAWAPAN: Sah solatnya kerana lintah itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat. Sekiranya darah bekas gigitan lintah itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batal solatnya.
SOALAN 2: Sekiranya kita bersolat dengan mengalaskan sejadah, sedangkan najis berada di bawahnya ataupun berhampiran dengannya, adakah solat itu?
JAWAPAN: Solat itu sah dengan syarat badan dan pakaian tidak berhubung ataupun menyentuh najis secara langsung .
SOALAN 3: Adakah batal solat sekiranya semasa sedang solat tiba-tiba terbuka ataupun terselak kain sehinggakan menampakkan aurat?
JAWAPAN: Seseorang yang sedang bersolat dan tiba-tiba terbuka aurat, adalah batal solat sama ada dibuka sendiri ataupun oleh orang lain walaupun kanak-kanak kecil. Tetapi sekiranya terbuka aurat disebabkan angin yang bertiup kemudian ditutupdengan segera, maka solat tidak batal.
SOALAN 4: Bagaimanakah dengan solat orang yang tidak mendapati air bagi berwuduk ataupun debu tanah bagi bertayamum, adakah solatnya itu sah?
JAWAPAN: Kita sedia maklum yang bersuci ataupun berwuduk adalah syarat sah solat. Allah tidak menerima ibadat solat tanpa bersuci. Dalam masalah luput dua alat bagi bersuci yaitu air dan debu, seseorang itu perlu bersolat  sebagai menghormati waktu dan wajib mengulangi semula solat itu selepas mendapat debu ataupun air.
SOALAN 5: Bgaimanakah dengan perbuatan menjawab salam ataupun mengucap  tasymit kepada orang yang bersin dalam solat, batal ataupun tidak solatnya?
JAWAPAN: Menurut pandangan mazhab Syafie, percakapan ataupun pertuturan seperti itu membatalkan solat. Sekiranya dijawab dengan isyarat , maka solatnya tidak batal.
INFO  TAMBAHAN:
 SYARAT SAH BACAAN AL-FATIHAH
1)       Bacaan itu didengarinya dengan jelas  jika dia mempunyai pendengar yang baik.
2)       Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
3)       Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak, solatnya dianggap tidak sah.
4)       Bacaan surah hendaklah dilafazkan di dalam bahasa Arab.
5)       Hendaklah menyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.
                 

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN SUARA KERAS DI MASJID


HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN SUARA KERAS DI MASJID
Membaca Al-Quran dengan suara keras di masjid, ketika orang lain sedang solat dan bertafakur, hukumnya tidak boleh kerana hal ini dianggap menggangu kekhusyukan orang-orang yang sedang solat dan bertafakur, sebagaimana sabda Nabi SAW:
Ertinya:
“Bahawasanya Nabi SAW beri’tikaf di masjid, kemudian mendengar orang-orang mengeraskan suaranya dalam membaca Al-Quran, maka Baginda membuka tabir yang menutupinya dan ujarnya :”ingatlah bahawasanya kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhan, kerana itu janganlah kalian menggangu atau menyakiti satu sama lain. Dan janganlah satu sama lain mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca Al-Quran”
     (H. R. Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim)
Dari Ibn Umar r.a.
Ertinya:
Bahawasanya Nabi SAW pada suatu ketika keluar (ke masjid), didapatinya orang solat dan ramai pula mereka yang mengeraskan suaranya dalam membaca Al-Quran, maka ujarnya:”Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka hendaknya mereka mengetahui apa yang dipercakapkannya itu! Jangalah sebahagian dari kamu mengeraskan suaranya dengan dalam membaca Al-Quran itu”.
(H. R. Ahmad dengan sanad yang sahih)
MENGENAI NIAT
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A. Katanya:”Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah kaepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perampuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”                  



                                            











bola tampar

3)            Bola Tampar
Pada pertengahan bulan  Januari,sekolah kita telah menghantar  1 pasukan bola tampar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 12 perempuan dan diiringi oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Shahizam dan Cikgu Azura mengikuti kejohanan tersebut yang bertempat di SMK Terusan Lahad Datu.Bagi kategori lelaki,sekolah kita hanya mendapat tempat ke-4 manakala kategori perempuan,sekolah kita telah mendapat tempat ke-2.Berikut adalah keputusan perlawanan:
Kategori Lelaki
SMSLD  vs SMKDK : KALAH
SMSLD vs SM TEKNIK LD : MENANG
SMSLD vs SMKDK( separuh akhir ) : KALAH

Kategori Perempuan
SMSLD vs SMK TUNGKU : KALAH
SMSLD vs SMKDK : MENANG
SMSLD vs SMK TUNGKU( akhir ) : KALAH 

KEPUTUSAN AKHIR ( LELAKI )
Johan : SMK TUNGKU
Naib johan : SMK SEPAGAYA
Tempat ke-3 : SMKDK

KEPUTUSAN AKHIR ( PEREMPUAN )
Johan : SMK TUNGKU
Naib johan : SMSLD
Tempat ke-3 : SMKDK

hoki


5)            Hoki

Pada  awal bulan 2,sekolah kita telah menghantar 7 lelaki dan 3 perempuan bagi mewakili Lahad Datu bagi sukan hoki pada peringkat tenggara yang bertempat di Tawau.Bagi kategori lelaki,pasukan Lahad Datu hanya mendapat tempat ke-3 manakala bagi pasukan perempuan,Lahad Datu mendapat tempat ke-  .Berikut adalah keputusan perlawanan:

Kategori Lelaki
LAHAD DATU vs TAWAU : KALAH(0-2)
LAHAD DATU vs SEMPORNA : SERI(0-0)
 LAHAD DATU vs KUNAK : KALAH(0-1)

Keputusan Akhir Lelaki
Johan : Tawau
Naib Johan : Kunak
Tempat Ketiga : Lahad Datu

kriket


SUKAN
1)       Kriket
Pada pertengahan bulan Januari ,sekolah kita telah menghantar 1 pasukan kriket ke tawau untuk menyertai Kejohanan Kriket  Terbuka Tawau.Seramai 15 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring iaitu cikgu Nor Hashim Jonet dan cikgu Ahmad Bin Mat Yaacob mengikuti kejohanan tersebut.Sekolah kita telah memenangi 2 perlawanan dan 1 kali kalah pada peringkat kumpulan seterusnya menempatkan sekolah kita pada peringkat liga.Sekolah kita telah memenangi pada peringkat suku akhir tetapi malangnya tumbang pada peringkat akhir.Berikut adalah keputusan perlawanan:-


Peringkat  Suku Akhir
SMSLD vs SMK HOLY TRINITY=MENANG

Peringkat  Akhir
SMSLD vs SMK JALAN APAS=KALAH

Keputusan Akhir
Johan:SMK JALAN APAS
Naib Johan:SMSLD
Tempat Ketiga:SMK HOLY TRINITY

sukan



Piala Sumbangsih
Bola sepak
               
Keputusan Piala Sumbangsih  Selangor vs Kelantan 2011 (29 Januari ) nampaknya berpihak kepada pasukan Kelantan yang mendahului dengan 2 gol melalui penyerang sensasi Nor Shahrul Idlan Talaha dan juga Piya.
Awal perlawanan, pasukan Kelantan tampil garang dengan 1 gol penalti oleh Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke 8, setelah Mohd Nurul dijatuhkan oleh Razman. Pada separuh masa kedua, minit ke 62, pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan kerana balingan mercun.
Pasukan Kelantan lagi sekali mendapat gol cantik hasil rembatan Mohd Badhri@Piya dan mendahului Selangor untuk membawa pulang Piala Sumbangsih. Gawang The Warrior nampaknya masih kuat.