Saturday, December 22, 2012

5 DELIMA SEMSALD

KETUA KELAS : AZFAR SYAMIM SULAIMAN
PEN KETUA KELAS : AZIRAH MUNTAHA

AHLI :
  1. AINUR MUNIRA ROSLI
  2. FARHAH NUR AINA GHAZALI
  3. MUHAMMAD FIRDAUS ABDULLAH
  4. MOHD. HAFIZ ZAINAL
  5. MUHAMMAD SHAHRIZ SAMIN
  6. FAIZUL AMAT
  7. MOHD ROZAINI ERMI HERMAN
  8. ABDUL RAHMAN SUDARMIN
  9. MOHD SHAFIQ SAINI
  10. RUSDI MUKSIN
  11. IZZ ZA'IMUL AKMAL FAIQ AWAK
  12. MUHAMMAD AMIR QAYYUM ABDUL RAHMAN
  13. NURUL ZARIAH ZAKARIA
  14. HAFIZAH ATIQAH JOHAN
  15. NUR AIN SYAFIERA YUSMAN
  16. HAMSIA MAPPIASE
  17. ZUNIKA BAKRI
  18. NUR IZZAH NABILAH HARIS
  19. FAZLIATUL ANIS SALIM
  20. YUSNAWATI BAHARI
  21. HERLINA MUSTAFA
  22. NURASLINA MOHD ALI
  23. NUR JANNAH HAMSAH

Wednesday, December 19, 2012

OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI NEGARA 2011/2012


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2011 atas pencapaian cemerlang mereka pada kejohanan peringkat dunia tahun lepas.
Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima wang tunai RM20,000.
Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di sini, malam ini.
Chong Wei, 29, dijulang sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali ketiga setelah beliau menerima anugerah itu pada 2005 dan 2008.
Walaupun sudah menjangkau usia 29 tahun, namun beliau masih unggul di persada sukan antarabangsa apabila terus memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 40 bulan dari 2008 hingga Disember 2011, selain menjadi juara tujuh kejohanan antarabangsa, enam daripadanya kejohanan Siri Super dan Siri Super Premier.
Antara pencapaian terbaik beliau adalah muncul juara All England Super Series Premier, Kejohanan Super Series Finals di Taipei, Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Terbuka Indonesia tahun lalu.
Pemain yang diharap untuk memungut emas pertama negara di Sukan Olimpik London, Julai nanti turut menghadapai saingan sengit daripada atlet lain dalam merangkul anugerah tersebut.

Sementara itu, Pandela, 18, mencipta sejarah apabila dijulang sebagai Olahragawati buat kali pertama dengan mengenepikan ratu skuasy, Nicol Ann David yang turut memegang rekod untuk anugerah tertinggi buat atlet itu selama lapan kali.
Perenang dari Sarawak itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menyumbangkan pingat emas dalam acara individual 100 meter platform kepada negara semasa Sukan Sea ke-26 di Indonesia, November lepas.
Walapun hanya berusia 18 tahun, namun Pandela tidak kenal erti putus asa sehingga banyak mencipta kejayaan di persada antarabangsa, termasuknya adalah meraih pingat perak dalam acara individual 100 meter pada Siri Pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA di Russia dan Sukan Universiti Dunia di Shenzen, China, pingat gangsa dalam acara individual 100 meter pada Siri Kedua Kejohanan Terjun Dunia FINA di Beijing, China dan pingat perak untuk acara 10 meter platform seirama di Sukan Universiti Dunia tahun lalu.

Selain itu, kejayaan buat pertama kali pasukan memanah kebangsaan memenangi pingat emas pertama di Asian Championship tahun lepas melayakkan pasukan itu merangkul Anugerah Pasukan Lelaki Kebangsaan 2011.
Senarai pemenang Anugerah Sukan Negara 2011:

Anugerah Pasukan Wanita Kebangsaan pula menjadi milik pasukan renang berirama dengan hasil kejayaan mereka memungut emas pada sukan Sea ke-26, Indonesia.
Kedua-dua pasukan berkenaan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 atau RM20,000 seorang.
Olahragawan Kebangsaan - Datuk Lee Chong Wei
Olahragawati Kebangsaan - Pandelela Rinong
Pasukan Lelaki Kebangsaan - Skuad Memanah Negara (Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin)
Pasukan Wanita Kebangsaan -  Renang (Katrina Ann Abdul Hadi, Png Hui Chuen, Lee Zhien Huey, Yeo Pei Ling, Tan May Mei, Mandy Yeap Mun Xin, Tasha Jane Taher Ali, Gan Zhen Yu, Lee Yzhing Huey, Emanuelle Mah Thil Da0
Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Allahyarham Muhamad Salam Sidik
Olahragawati Paralimpik Kebangsaan - Hemala Devi Eni Kutty
Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan
Jurulatih Wanita Kebangsaan - Rosniza Abu Bakar
Anugerah Kepimpinan Sukan - Datuk Seri Kee Yong Wee
Anugerah Tokoh Sukan - Tiada
Anugerah Khas - Shaharudin Jaffar

Malaysian All Star Compilation - Suzuki Cup 2010

AFF 2012 MALAYSIA VS LAOS 4-1 FULL GOAL

Malaysia vs Indonesia: AFF Suzuki Cup 2012

AFF Suzuki Cup 2010 Final 2nd Leg Indonesia vs Malaysia

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st Leg Malaysia vs Indonesia

TOP 5 DEFENDERS OF AFF SUZUKI CUP 2012

#5

Name: Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
Country: Malaysia
Ratings: 3.00 / 5

He might be small in stature, but do not be deceived by his size as he makes up for it through his pace and constant running down the flanks. The Malaysia defender loves to take on his marker and find space to deliver dangerous crosses into the box.

He played decently in their defeat against Singapore in their opening match but was let down by his teammates, and also led the defence by example in their last group match against Indonesia as he held the fort well with his tidy display.


#4

Name: Wahyu Wijiastanto
Country: Indonesia
Ratings: 3.25 /5

Despite having a bad outing against Laos in their opening game, Wahyu regained his composure and focus in their next match against Singapore. He was very disciplined at the back and lead the defensive line to hold on to victory against the Lions.


#3

Name: Shaiful Esah
Country: Singapore
Ratings: 3.25 /5

One of Singapore's most talented left footer in recent history, the left-back has been consistent in all the matches he played and was also the provider for captain Shahril Ishak's opener against arch-rival Malaysia.

Despite not being fully fit for the last group match against Laos, Shaiful came on midway through the first half as Singapore trailed by two goals and played an intergral role in helping his side to a 4-3 comeback victory.


#2

Name: Safuwan Baharudin
Country: Singapore
Ratins: 3.30 / 5

The centre-back has formed a formidable partnership at the back with Baihaki Khaizan for Singapore, with the duo crucial at keeping their opponents at bay. Safuwan is also a perfect man-marker, shadowing his opponents at evey step, as evident especially in the game against Malaysia and Philippines. Strong, fearless and quick despite his tender 21 years, Safuwan has all the attributes necessary to become a top defender.


#1

Name: Mahali Jasuli
Country: Malaysia
Ratings: 3.30 / 5

A substitute in their first game against Singapore, Mahali came into the game and added life with an effervescent display. He creates trouble with his endless overlapping runs, and scored a well deserved goal reminiscent of Brazillian legend Cafu against Indonesia. His numerous assists also helped propel Malaysia further than anyone thought possible after a disastrous start.

JOHOR DARUL TAKZIM FC


             

The Crown Prince Of Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim released a statement that Johor FC will now be known as Johor Darul Takzim.
             His Highness mentioned that, based on the stated law by Football Associaton of Malaysia (FAM) , Johor Football Associations (PBNJ) has been asked to use the club's name registered in accordance with the Sports Commissioner.
             Hence, Johor FC under the Johor Corporation has been fully taken over by PBNJ will use the new name, which is Johor Darul Takzim. This team will compete in Super League next season while Johor, who will compete in the Premier League, will continue using that name.
His Highness also said that on behalf of PBNJ, he apologized to the media and Johor Football fans if there is any confusion regarding this matter.   

Tuesday, April 24, 2012

MENGEKALKAN KEDAULATAN NEGARA


"PENDAHULUAN"



MALAYSIA IALAH NEGARA YANG MEMPUNYAI PENDUDUK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA. WALAUPUN PERNAH DIJAJAH OLEH KUASA BARAT DAN JEPUN SELAMA LEBIH EMPAT ABAD, NAMUN HARI INI MALAYSIA BERDIRI SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT. PADA HARI INI KITA MEMPUNYAI HAK DAN KUASA SEPENUHNYA ATAS URUSAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA KITA SENDIRI. HAL INI BERMAKNA KITA TIDAK PERLU MENGIKUT TELUNJUK MANA-MANA KUASA BESAR BAGI MENENTUKAN ARAH DAN HALA TUJU NEGARA SAMA ADA DARI SEGI POLITIK, EKONOMI MAHUPUN SOSIAL.
DARI SEGI POLITIK MISALNYA, KITA DIKATAKAN MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI TETAPI TIDAKLAH SERATUS PERATUS MENGIKUT SISTEM DEMOKRASI BARAT ATAU MANA-MANA NEGARA LAIN DI DUNIA. DEMOKRASI YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA TELAH DIUBAH SUAI MENGIKUT ACUAN, KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN MASYARAKAT BERBILANG AGAMA DAN BUDAYA YANG KITA WARISI SEJAK DAHULU. HAL INI ADALAH SEMATA-MATA UNTUK MENJAGA KEMAKMURAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.
KEDAULATAN NEGARA IALAH SUATU YANG PERLU DIJAGA DAN DIKEKALKAN. NEGARA YANG MASIH DIJAJAH SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG OLEH KUASA ATAU PEMIMPIN ASING MENGAMBARKAN KELEMAHAN MASYARAKAT DAN PEMIMPIN NEGARA TERSEBUT. HAL INI MENUNJUKKAN KERENDAHAN MARUAH BANGSA DAN NEGARA TERSEBUT PADA MATA DUNIA. NEGARA YANG DIJAJAH BUKAN SAHAJA DIPANDANG HINA BAHKAN TIDAK DAPAT MENJAGA KEPENTINGAN RAKYATNYA KERANA SUMBER KEKAYAAN NEGARA AKAN DIKUASAI OLEH PENJAJAH ATAU ORANG ASING. HAL INILAH YANG TELAH BERLAKU SEMASA NEGARA KITA DIJAJAH OLEH PORTUGIS, BELANDA, INGGERIS DAN JEPUN PADA MASA DAHULU. BUKAN ITU SAHAJA, BAHKAN BANYAK KEKAYAAN WARISAN BUDAYA SENI DAN SASTERA NEGARA KITA TELAH DIBAWA KELUAR OLEH PENJAJAH KE NEGARA MEREKA.
MENJAGA DAN MENPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB SEMUA PIHAK TERMASUK PEMERINTAH, MASYARAKAT DAN SETIAP INDIVIDU YANG MENGAKU DIRINYA WARGANEGARA MALAYSIA. ANTARA PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:


PEMERINTAH
-MEMPERKUKUH SISTEM PERTAHANAN & KESELAMATAN NEGARA.
-MENGANJUR PROGRAM ATAU AKTIVITI UNTUK MENANAM SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN RAKYAT.
-MEMPERKUKUH EKONOMI NEGARA:
~ELAKKAN DARIPADA PENJAJAHAN EKONOMI
~MENJADI NEGARA PENGELUAR ATAU PEMBUAT BUKANNYA NEGARA PENGGUNA
-MEWUJUDKAN SISTEM SOSIAL DAN PENDIDIKAN YANG BOLEH MELAHIRKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.


MASYARAKAT
-MENJAGA DAN MENGEKALKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN KAUM.
-MEMBANTU MENJAYAKAN USAHA-USAHA KERAJAAN DALAM BIDANG KESELAMATAN, EKONOMI & SOSIAL.


INDIVIDU
-CINTA AKAN NEGARA, BERSEMANGAT PATRIOTIK & SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA.
-MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI SEMASA.
-MENJAGA AKHLAK SUPAYA TIDAK TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL.





SEJAHTERA MALAYSIA

PUJI DAN SYUKUR PADA ILLAHI
ANUGERAH -NYA TIADA TERHINGGA
KEDAMAIAN KEMAKMURAN
MALAYSIAKU BAHAGIA

DENGAN TEKAD UNTUK BERJAYA
BERBAKTI PADA NUSA DAN BANGSA
KAMI JUNJUNG CITA-CITA LUHUR
PERPADUAN SELURUH NEGERI

KORUS:
SEIA SEKATA SEHATI SEJIWA
MENGHADAPI CABARAN
KAMI SEDIA KAMI SETIA
BERKORBAN UNTUK NEGARA

BERSEMARAK MALAYSIA TERCINTA
KIBARKAN PANJI KEBESARANNYA
KAMI RELA MENJAGA NAMAMU
SEJAHTERA MALAYSIA

"MENGAMALKAN RUKUN NEGARA"

NEGARA KITA MENDUKUNG CITA-CITA BAGI MENCAPAI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT, MENCIPTA MASYARAKAT YANG ADIL, MENGEKALKAN TRADISI DAN KEBUDAYAAN PELBAGAI KAUM SERTA MEMBINA SEBUAH MASYARAKAT PROGRESIF BERASASKAN SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN. CITA-CITA INI TIDAK MUNGKIN TERCAPAI SEKIRANYA TIADA PERPADUAN DAN SIKAP SALING MENGHORMATI DALAM KALANGAN RAKYAT PELBAGAI KAUM. HILANGNYA TIMBANG RASA DAN WUJUDNYA SYAK WASANGKA YANG KETERLALUAN ANTARA SATU SAMA LAIN BOLEH MEMUSNAHKAN HUBUNGAN BAIK SESAMA KITA. RUKUN NEGARA YANG MENAJDI IDEALOGI KEBANGSAAN MENGANDUNGI PRINSIP-PRINSIP UNTUK MEWUJUDKAN MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA, MEMATUHI UNDANG-UNDANG, BERSOPAN DAN BERMORAL DEMI MEMELIHARA KEDAULATAN NEGARA.


SEJARAH KEWUJUDAN RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA DIISTIHARKAN OLEH YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT PADA 31 OGOS 1970 IAITU SEMASA MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KALI KE-13. TRAGEDI 13 MEI 1969 TELAH MENGHANCURKAN PERPADUAN SERTA MENGANCAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA. PADA KETIKA ITU, PENTADBIRAN NEGARA DIAMBIL ALIH OLEH MAJLIS GERAKAN NEGARA (MAGERAN) YANG DIPENGERUSIKAN OLEH ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK BIN DATO' HUSSIEN. MAJLIS RUNDINGAN NEGARA YANG DITUBUHKAN OLEH MAGERAN TELAH MENGAMBIL LANGKAH TEGAS UNTUK MENCARI SUATU FOMULA BAGI MENYATUKAN RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA. HASILNYA TERBENTUKLAH RUKUN NEGARA.



MATLAMAT RUKUN NEGARA

MATLAMAT PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA ADALAH UNTUK MENGEMBALIKAN PERPADUAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM. SELAIN ITU, PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG DEMOKRATIK, ADIL, PROGRESIF DAN BERSIKAP TERBUKA. RUKUN NEGARA JUGA SEBAGAI IDEOLOGI KEBANGSAAN MENJADI PANDUAN UNTUK MEWUJUDKAN NEGARA YANG BERSATU PADU DAN BERDAULAT. 


PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

~KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN~
~KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA~
~KELUHURAN PERLEMBAGAAN~
~KEDAULATAN UNDANG-UNDANG~
~KESOPANAN & KESUSILAAN~




-MAKSUD SETIAP PRINSIP-

1.KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
-AGAMA MERUPAKAN PEGANGAN PALING UTAMA RAKYAT
MALAYSIA.
-RAKYAT : MENJADI WARGANEGARA YANG BAIK DAN
BERTANGGUNGJAWAB.
-ISLAM IALAH AGAMA RASMI TETAPI AGAMA LAIN BEBAS
DIAMALKAN.

2.KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
-MENUNTUT AGAR SEMUA RAKYAT MALAYSIA MEMBERIKAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
-YANG DI-PERTUAN AGONG ADALAH KETUA NEGARA MALAYSIA
DAN RAJA MELAYU ADALAH KETUA NEGERI.
-RAJA MENJADI SIMBOL PENYATUAN RAKYAT DAN PELINDUNG
HAK ISTIMEWA KAUM PRIBUMI.
-PENDERHAKAAN KEPADA RAJA BERERTI PENDERHAKAAN KEPADA NEGARA.

3.KELUHURAN PERLEMBAGAAN
-PERLEMBAGAAN ADALAH UNDANG-UNDANG UTAMA SESEBUAH NEGARA DAN DIANGGAP LUHUR, SUCI, DAN UNGGUL.
-KELUHURAN PERLEMBAGAAN MENEKANKAN AGAR SEMUA RAKYAT MENERIMA, MEMATUHI, MENYANJUNG, DAN MEMPERTAHANKANNYA.

4.KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
-PRINSIP INI MENUNTUT RAKYAT NEGARA INI AGAR MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN DI SISI UNDANG-UNDANG.
-APABILA KEDAULATAN UNDANG-UNDANG TERPELIHARA SEMUA RAKYAT AKAN DAPAT HIDUP DENGAN AMAN DAN DAMAI.
-TANGGUNGJAWAB SETIAP WARGANEGARA IALAH MEMASTIKAN UNDANG-UNDANG SENTIASA DIDAULATKAN DAN TIDAK DICABAR OLEH MANA-MANA PIHAK.

5.KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN ADALAH NILAI-NILAI MURNI YANG MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN SESEORANG INDIVIDU.
-KESOPANAN DAN KESUSILAAN AKAN DAPAT MENJAMIN KEHIDUPAN YANG HARMONI, PENYAYANG, DAN SALING MENGHORMATI.



BAGI MENGELAKKAN BERULANGNYA TRAGEDI 13 MEI, RAKYAT MALAYSIA PERLU MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM KEHIDUPAN HARIAN. HAL INI MENJADI KUNCI PERPADUAN DAN MEMBINA NEGARA BANGSA. SALAH SATU CARA MENGAJAK RAKYAT MALAYSIA MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN RUKUN NEGARA ADALAH DENGAN MELANCARKAN KEMPEN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA. SASARAN UTAMA KEMPEN INI IALAH GOLONGAN MURID SEKOLAH, REMAJA DAN BELIA. MELALUI KEMPEN INI DIHARAPKAN DAPAT MEWUJUDKAN NEGARA YANG HARMONIS DAN MEMBENTUK MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, HORMAT-MENGHORMATI DAN MEMPUNYAI JATI DIRI. SECARA TIDAK LANGSUNG PERPADUAN INI DAPAT MEMBANTU MEMACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MENGEKALKAN KESTABILAN POLITIK NEGARA.




IKRAR RUKUN NEGARA

MAKA KAMI RAKYAT MALAYSIA BERIKRAR AKAN MENUMPUHKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT BERDASARKAN ATAS PRINSIP-PRINSIP YANG BERIKUT:

~ KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

~ KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA

~ KELUHURAN PERLEMBAGAAN

~ KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

~ KESOPANAN & KESUSILAAN


"PERSIAPAN DIRI MEWARISI NEGARA"











Friday, January 27, 2012

Rahsia Solat


Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.


1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.


6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.



7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.


11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.


13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


- Artikel iluvislam.com

Cadangan Tubuh Bank Susu Ibu Haram


Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.


Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.


Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.


Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.


Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.


Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.


"Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.


"Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan," katanya.


Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.


Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.


Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.


"Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.


"Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing," katanya.


Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.

Sekali Air Bah, Sekali Tanah Berubah


Air? Setiap hari kita pasti meneguknya. Cuma yang berbeza adalah perisa dan warnanya. Bila tekak sudah kembali sejuk, dan dahaga sudah hilang kita sering lupa asal usul air yang diminum itu. Air yang kita teguk itu sebenarnya diturunkan daripada langit sebagai hujan oleh Allah S.W.T kemudian ia melalui pelbagai proses kitaran alam semulajadi untuk kepentingan alam ciptaan-Nya.


Begitulah ciptaan Allah yang serba unik. Sama juga seperti api, air boleh menjadi kawan dan boleh juga membawa kemudaratan pada masa-masa tertentu.


Air yang bersih dijadikan minuman oleh manusia. Air yang kelihatan ringkas tersebut sebenarnya merupakan satu ciptaan yang sangat istimewa buat seluruh alam termasuk manusia. Ia mampu membekalkan oksigen kepada tubuh badan manusia dan menghilangkan rasa haus tekak kita.


Selain itu air juga berfungsi menghidratkan semula tubuh anda setelah bergerak aktif. Air juga berfungsi sebagai laluan untuk pergerakan zat-zat makanan dan ia turut membantu untuk mengangkut sisa-sisa proses kehidupan sel di dalam badan.


Air yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai hujan pula berfungsi menyuburkan tanam-tanaman dan menjadi minuman untuk haiwan-haiwan. Air yang sedia ada di muka bumi melalui proses penyejatan, lalu ia diturunkan kembali sebagai hujan dan mengalir daripada tempat yang tinggi dan kemudian membentuk sungai yang panjang dan lebar.


Disebabkan air, hidupan laut mempunyai habitat yang sempurna dan boleh bergerak bebas. Di hujung sungai terdapat muara, terbentuk di sebelah pantai yang menjadi kawan kepada lautan. Dengan air juga, wujudnya pulau-pulau yang indah di kelilingi keindahan kebiruan. Kata orang, indah pantai kerana airnya. Tidak akan wujud istilah pantai sekiranya tidak dilengkapi air laut.


Lautan yang luas ini pula menghubungkan satu benua dengan benua yang lain dan menjadi laluan penting untuk manusia berhubung sesama manusia di kawasan lain. Begitulah hikmahnya Allah menjadikan lautan sebagai penghubung, manakala manusia itu berbeza sama sekali paras rupanya.


Air juga boleh berubah sifatnya menjadi ais yang pejal. Allah itu Maha Bijaksana. Dia menjadikan udara yang sejuk agar dapat membekukan air menjadi ais. Dengan adanya ais, air yang panas boleh bertukar menjadi sejuk dan menyegarkan. Ais juga turun dalam bentuk salji di sesetengah kawasan yang ditakdirkan Allah. Salji yang turun menjadikan pemandangan lebih indah dan menarik. Iklim yang sejuk ini juga menjadi habitat kepada penguin dan beruang kutub untuk hidup dan mencari makanan. 


Namun, air yang banyak memberikan manfaat ini juga mampu berubah sifat menjadi ganas. Pepatah mengatakan, "Sekali air bah, sekali tanah berubah".

 Contohnya, hujan yang terlalu lebat, akan mengakibatkan banjir kilat dan banjir yang berpanjangan. Air banjir inilah yang telah mampu menenggelamkan seluruh kaum Nabi Nuh A.S yang ingkar pada perintah Allah S.W.T termasuk anak dan isteri baginda pada ketika zaman kenabian baginda dahulu. Pada masa yang sama juga air itu telah menjadi penyelamat kepada orang-orang yang beriman dan Nabi Nuh A.S kerana ia telah melayarkan bahtera Nabi Nuh A.S.


Hari ini, kita telah menyaksikan pelbagai musibah yang Allah S.W.T turunkan melalui air. Musibah-musibah ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita agar usah lalai dan leka dengan dunia sehingga lupa pada Allah Yang Esa. Marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba Allah yang bertaqwa kerana kita telah menyaksikan bagaimana air yang begitu kuat berupa Tsunami mampu menghayutkan dan menenggelamkan Kota Acheh, Kota Muda, Sri Lanka, Fukushima, Miyagi dan lain-lain tempat didunia. Mahukah kita sekiranya Allah menurunkan bala yang sedemikian rupa ke atas negara kita? 


Selain itu, salji yang turun dari langit juga mampu mengakibatkan kemudaratan. Salji yang turun tanpa henti dengan lebat boleh menyebabkan cuaca sejuk yang melampau dan ini boleh mengakibatkan kematian dan kemusnahan alam. Salji yang membeku dan terapung di atas permukaan lautan juga boleh menjadi penyebab kepada karamnya sesebuah kapal dan lain-lain lagi.


Lihat, betapa sesuatu yang dianggap kecil mampu memberi impak yang sangat besar kepada seluruh alam baik impak positif mahupun impak negatif. Sungguh, Allah menjadikan sesuatu itu dengan penuh hikmah agar kita berfikir tentang kekuasaan-Nya. 


Lihatlah dengan mata hati. Fikirlah dengan Iman dan taqwa. Dengan itu, insya-Allah kita akan beroleh teladan.





"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"- (Surah al-Anbiya ayat 30)





"Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." - (Surah an-Nur ayat 45)





"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan) dan Dia menurunkan hujan dari langit, lalu Dia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya." - (Surah ar-Rum ayat 24)





Sumber imej : Google Image


-Artikel Iluvislam.com

Tips Sekiranya Sudah Berpunya Dan Masih Belajar


Alhamdulillah, sekarang penulis sedang cuti semester. Walaupun cuti, penulis tetap sibuk dengan hal-hal yang lain tetapi ianya tidak menghalang bagi penulis untuk berkongsi dengan rakan-rakan mengenai ilmu yang sedikit ini.


Semoga dengan perkongsian ini dapat dikira sebagai amal dihadapan Allah S.W.T kelak.


Itulah yang paling penting yakni melakukan sesuatu semata-mata kerana nak beribadah kepada Allah S.W.T.


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"  (surah Az-Zariyat : 56)


Manusia memang gemar apabila berbual mengenai isu-isu yang mereka suka sehinggakan berbual berjam-jam lamanya tanpa mereka sedari, janji apa yang mereka bualkan itu dapat memberikan kepuasan kepada diri mereka. Yang sibuk dengan bolanya, akan selalu bahaskan mengenai perkembangan bolanya.


Yang sukakan perkembangan fesyen terkini pula (terutamanya tertumpu kepada kaum-kaum hawa) pun sama seperti yang sibuk dengan bolanya iaitu menjadikan topik utama perbualan mereka dan macam-macam lagi. Itulah dinamakan lumrah dalam kehidupan manusia.


Apa yang penulis cuba kongsikan di sini bukannya mengenai perkembangan bola dan fesyen tetapi ada lagi satu topik atau isu yang penulis rasakan sangat-sangat penting, dari dulu hingga sekarang, tiada penghabisannya sehinggalah kiamat. Kerana apa penulis katakan penting?

Mesti ada sebabnya, bukan?


Sebab utama bagi penulis ialah ianya melibatkan "hati". Hidup mati seseorang itu berdasarkan hatinya. Sesuailah dengan apa yang idola kita sabdakan yakni nabi Muhammad S.A.W:


" Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumbal daging. Apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya, dan sekiranya buruk, buruklah semuanya. Ketahuilah ia adalah hati."


Topik yang penulis maksudkan disini adalah "cinta". Bila bercakap saja tentang cinta, penulis dapat bayangkan bahawa mesti lebih daripada 70% apa yang terfikir diminda pembaca adalah "hubungan cinta lelaki dan perempuan yang halal dikahwini, bukan?" atau lebih sinonim dengan "couple".


Memang tidak dapat dinafikan lagi, berbahas mengenai isu ini memang menarik. Teringat penulis ketika masih bergelar pelajar diploma, dalam satu usrah mingguan di mana rata-rata rakan-rakan penulis ketika itu rasa mengantuk sangat dengar pengisian yang disampaikan oleh naqib kami tetapi apabila berbincang mengenai isu walimah atau perkahwinan semua rakan-rakan penulis seumpama baru bangun dari tidur yang panjang. Semua fokus dan tersenyum panjang lebar saja. Masya-Allah hebatkan kuasa tentang cinta ini.


Berbicara tentang cinta ini skopnya sangat luas. Banyak perkara yang boleh diperbincangkan dan dipersoalkan. Penulis akan kecilkan skop perkongsian penulis dengan pembaca. Penulis merupakan seorang pelajar ijazah sarjana muda, baru menamatkan satu semester pengajian disebuah universiti tempatan. Apabila pelajar baru. Maka, ramailah kenalan-kenalan yang masih belum kita kenal. Apabila tidak kenal. Maka, kita ada keinginan mahu berkenalan, bukan?


Yang lelaki mahu kenal dengan perempuannya, yang perempuan pula mahu juga kenal dengan lelakinya. Apabila ternampak mawar atau kumbang itu lebih cantik atau tampan dari yang lain maka mulalah muji-memujinya. Itu adalah lumrah yang biasa dalam kehidupan seharian manusia kerana manusia ini sangat sukakan perkara-perkara yang sejuk mata memandang.


Berbalik kepada tadi, pelajar yang lebih nakal dan ekstrem, mereka akan mula melangkah setapak kehadapan iaitu berkenal-kenalan dengan lebih dekat saban hari sehingga terjadilah budaya "couple" di kampus. Dari tanya hal pelajaran sehinggalah ke hal peribadi.


"Hari ni awak dah study subjek apanya ya? Tup..tup..tup... " Kenapa sejak-sejak ini, saya selalu ingatkan awak?" dan sebagianya.


Perkara seperti ini, bukan terjadi pada seorang malah lebih dari itu. Seolah-oleh cinta sebelum kahwin ini dihalalkan pula di dalam agama kita yakni Islam. Dan macam-macam kerenah lain yang penulis rasa tidak perlu dihuraikan di sini. Jika pembaca seorang pelajar ataupun pekerja perkara seperti ini tetap akan berlaku dipersekitaran anda.


Jadi kita boleh melihatnya dengan sendiri. Sepanjang semester yang lalu, itulah yang penulis selalu perhatikan. Semoga Allah S.W.T melindungi kita semua terutamanya penulis dari terjebak dengan cinta sebelum kahwin ini, Insya-Allah.


Sekarang barulah penulis masukkan topik atau tajuk sebenar dan utama penulis iaitu  fokus kepada pembaca yang sudah pun berpunya dan masih belajar atau bekerja. Di sini, penulis akan sertakan beberapa tips yang penulis rasakan berguna kepada kita terutamanya kepada yang sudah berpunya.


Tip-tip ini penulis perolehi hasil dari pembacaan penulis dari sebuah buku yang suatu ketika dahulu penulis sangat-sangat tercari-carinya iaitu "Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa". Sebuah buku karangan Mardiana Mat Ishak keluaran PTS. Untuk makluman pembaca, penulis gemar buku-buku keluaran PTS.


Tip-tip yang penulis maksudkan adalah :


1. Sekiranya boleh disegarakan perkhawinan itu, segerakanlah.


Ini merupakan kaedah yang paling dikehendaki oleh syarak dan syariat dan sangat berkesan iaitu berkahwin. Dengan perkhawinan ianya dapat menghalalkan 1001 tiket, semuanya boleh. Minta keizinan dan restu daripada ibu bapa dan nyatakan hasrat murni ini dengan sehikmah yang mungkin.


Sediakan rancangan atau pelan anda dan juga pasangan dalam urusan berkahwin ketika belajar. Tetapi perlu diingatkan, sebelum kita menyuarakan hasrat kita hendak berkahwin perlulah kita muhasabah diri terlebih dahulu atau membuat checklist terhadap diri kita dan juga pasangan kita supaya ibu bapa kita ada rasa keyakinan terhadap keputusan yang kita ambil ini. Pertama-tama sekali adalah tanya pada diri sendiri:
i.      Adakah saya sentiasa memastikan solat fardu lima waktu saya cukup?
ii.     Adakah Saya menjadikan solat duha sebagai satu kezaliman?
iii.    Adakah saya membaca al-quran sekerap yang mungkin?
iv.    Adakah saya selalu menghadirkan diri ke kuliah-kuliah agama?
v.     Adakah saya mengamalkan zikir pagi dan petang (al-ma'thurat) seperti Rasullullah?
vi.    Adakah saya sering memperbanyakkan selawat ke atas nabi?
vii.   Adakah saya membaca bahan bacaan yang memberikan kefahaman dalam agama?


Senarai semak hubungan dengan Allah S.W.T ini baru sahaja sebahagian dan masih terdapat banyak lagi pertanyaan yang lain tetapi penulis tidak mahu fokus kepada itu. Sekiranya jawapan negatif yang lebih banyak berbanding jawapan positif, perbaikilah hubungan kita dengan Allah S.W.T terlebih dahulu. Usah menyalahkan Allah S.W.T sekiranya kita bermasalah dalam hubungan kita dengan pasangan kerana sebenarnya kita bermasalah dengan Allah S.W.T.


Penulis akui memang berat bagi sesetengah individu untuk menyuarakan hasrat untuk berkahwin ketika belajar tambah-tambah lagi pelajar berkenaan masih cetek dari segi ilmu-ilmu spiritual, intelektual dan material dan masih terlalu ramai ibu bapa yang tidak berkeyakinan untuk membenarkan anak-anak mereka berkahwin seusia muda kerana bimbang pelajaran, kewangan dan sebagainya akan terjejas.


Dengan fikiran yang sebegitu, ibu bapa lebih rela melihat anak-anak mereka di bawa kehulu dan kehilir tanpa ada apa-apa ikatan yang sah. Maka, budaya couple semakin  berluas-luasa, bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kita kena ingat, wanita yang masih belum berkahwin, setiap tindak-tanduknya ibu bapalah yang akan mendapat dosanya. Tidakkah kita kesiankan ibu bapa kita. Kerana kita mereka terhalang dari masuk syurga Allah S.W.T. Fikirkanlah.


2. Sekiranya mahukan ikatan yang sah, pilih nikah Khitbah.


Altenatif kedua yang kita boleh ambil adalah melalui nikah khitbah. Nikah khitbah ini adalah menarik bagi penulis. Kahwin jenis ini adalah pasangan tersebut bernikah tetapi dibolehkan tinggal secara berasingan (sepanjang tempoh pengajian). Istilah dalam bahasa melayu dikenali sebagai 'nikah gantung'.


Yang manisnya atau kelebihan kahwin macam ini banyak manfaatnya terutama mendapat redai Allah S.W.T. Pasangan boleh belajar bersama-sama, keluar bersama-sama tanpa ada rasa segan silu dan bersalah kepada Allah S.W.T, ibu bapa dan rakan-rakan.


Bebas untuk berpegangan tangan dan sebagainya malah setiap apa yang dilakukan mendapat pahala di sisi Allah dan malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut. Menarik lagi, dapat jalani kehidupan yang sah dan diberkati dalam "couple" dan sentiasa komited bagi berjaya dalam pelajaran.


Nikah khitbah ini ada terjadi kepada salah sorang rakan penulis. Memang penulis akui sangat cemburui akan mereka. Kenapa tidaknya, mereka bebas untuk berjalan bersama-sama, bermesra dan sebagainya. Masa tempoh belajar memang mereka tinggal berasingan. Yang menarik bagi penulis, tamat saja tempoh pengajian diploma lebih kurang tiga bulan, penulis dapat berita zaujah (isteri) dia sudah mengandung anak sulung mereka. Alhamdulllah. Mungkin sekarang sedang menunggu kehadiran insan baru dalam hidup rumah tangga mereka. Maniskan, insyaAllah.


3. Sekiranya tidak diizinkan berkahwin juga, jaga batas pergaulan.


 Perkara inilah yang paling berat untuk dijaga. Ramai remaja-remaja sebaya penulis diluar sana yang sudah berpunya tetapi tidak dapat untuk menjaga pergaulan, pembaca sendiri dapat melihatnya. Apa pun, penulis tetap berharap dan berdoa agar rakan-rakan yang sudah berpunya itu dapat elakkan berjumpa dengan pasangan secara berdua-duaan dan dapat kurangkan berhubung sekiranya tiada urusan yang penting.


Letakkan keyakinan kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya. Ingat, setiap tindakan kita dan pasangan kita dapat memberi kesan kepada masa sekarang dan memberi kesan kepada perkhawinan kita kelak. Ingat, matlamat membina rumah tangga muslim yang sejati dan diredai juga bergantung kepada diri kita sendiri.


Teringat penulis semasa semester akhir diploma, ada sorang kawan baik penulis sudi kongsi ceritanya. Ceritanya itu berlaku kepada kawannya. sangat sedih dan tambah-tambah lagi berlaku kepada seakidah dan seagama dengan penulis.


Mereka berkahwin atas dasar cinta dan juga kerana mereka terlanjur sehinggakan wanita tersebut mengandung. Berkahwin tidak sampai sebulan kemudian wanita tersebut diceraikan talak tiga. Wanita tersebut diceraikan talak tiga. Nauzubillahiminzalik, mintalah kita dijauhkan dengan perkara sedemikian.


Apa yang pembaca rasa apabila wanita tersebut adalah diri pembaca. Tidak mungkin pembaca tidak rasa apa-apa. Tidak mungkin. Penulis dapat rasakan bercinta sebelum kahwin lebih banyak keburukkan berbanding kebaikan. Tambah-tambah cinta atas dasar seks. Penulis tidak mahu bahaskan isu kebaikkan dan keburukkan bercinta sebelum kahwin di sini, insya-Allah mungkin di sesi yang lain.


Penulis berharap dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membuka minda dan fikiran kita. Insya-Allah. Penulis sarankan yang sudah bercinta itu ikutlah sedikit sebanyak panduan yang telah diberikan ini. Pilihlah antara satu dari tiga kaedah yang disarankan, kalau ada yang lebih baik lagi bagus.


Pembaca yang sedang bercinta perlu ingat, setiap tindakan akan memberi kesan kepada pembaca dan pasangan pada masa sekarang dan juga akan datang. Ingatlah, jangan disebabkan cinta manusia yang tidak halal memudahkan kita menuju ke neraka Allah S.W.T. Nauzubillahiminzalik.


- Artikel iluvislam.com

Perasaan Yang Mengancam!!


Marah?

Ada apa dengan marah?


Adakah ia merupakan satu perasaan?


Marah adalah perasaan yang paling dibenci oleh Allah swt.Perasaan marah ini juga dibenci oleh semua orang.Jikalau anda seorang yang pemarah, perbanyaklah berzikir mengingati Allah swt.Perbanyakkan muhasabah diri.


 "Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam".


Lihat diri sendiri dan bertanya: adakah anda seorang yang sempurna adni tidak melakukan kesilapan dan kesalahan dalam kehidupan seharian?Kita semua adalah manusia yang begitu banyak dosa lagi tidak sempurna.



Oleh itu, Jikalau kita ingin memarahi seseorang, fikir dahulu sebelum melakukannya.Jika kemarahan itu berterusan,elakanlah ia dengan mengambil wuduk,membaca Al-quran, beristighfar, berzikir dan berdoa supaya hati kita sentiasa tenang.


Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami:


"Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring".


Always remember..


Always be positive thinking and positive atitude insyAllah you will be the greatest of ummah.. InsyAllah :)


- Artikel iluvislam.com

'Couple' Yang Halal


Indah kan kita bercinta?


Indah kan bila kita saling merindu?


Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?


Indah kan bila kita saling meluangkan masa?


Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?





“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).


Cinta tu fitrah,


Cinta tu indah.


Dan lagi indahnya cinta itu,


Bila 'i love you'


Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


  



Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!


Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.


'Couple' lain semua bercinta


Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah


'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa


Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.


Seonok kan??


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).


Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 


Indah kan?



Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

“Cuba Pak Cik Telefon Allah! Saya di Neraka ke Berapa..?”


Hari ini kadang-kadang kita rasa terpinggir untuk menjadi prihatin. Semua tahu bahawa mencegah mungkar itu wajib. Namun tak ramai yang berani dan bersedia untuk mencegah mungkar.


Lebih dahsyat benda mungkar dianggap normal, manakala orang yang mencegahnya dianggap ganjil. Mungkar menjadi normal dan biasa kerana ia bukan sahaja berlaku secara berleluasa, bahkan dipromosikan dengan begitu hebat oleh media yang tidak bertanggungjawab. Lantas, manusia prihatin yang mahu mencegah mungkar terpaksa bermujahadah untuk membuka suara bagi mencegah mungkar.


Saya kemukakan satu kisah benar yang mampu membuka minda insan yang prihatin. Kisah yang disampaikan dalam satu kuliah subuh. Kisah tentang seorang pakcik tua naik LRT pergi ke KLCC. Dalam perjalanan dia melihat sepasang remaja yang di paras umur 17-20-an.
  
 
Tanpa segan silu remaja tersebut telah melakukan adegan yang tidak sopan bercumbu di khalayak ramai dan di depan pakcik itu. Berkali-kali walaupun di hadapan semua orang walaupun puluhan mata sedang menyaksikannya menandakan isyarat tak suka. Lalu dengan hati yang ingin mendidik pakcik telah menegur dengan berkata :


"Anak! Jangan buat begini. Tak baik. Kita orang Islam."


Tapi malang sekali sepantas kilat pasangan lelaki menjawab:


"Pakcik pergi telefon Allah dan tanya saya dok neraka nombor berapa."


Begitu angkuh dan biadap sekali jawapan itu sehingga pakcik yang berniat baik itu terkedu.


Inilah realiti anak-anak generasi harapan bangsa. Mereka hilang pedoman dan menganggap Islam itu hanyalah anutan semata-mata. Ingatlah perkara ini perlu diambil tindakan dalam memastikan generasi yang tidak mengenali diri dan Tuhan perlu disuburkan dengan iman dan taqwa yang hakiki.


- Artikel iluvislam.com