Sunday, February 27, 2011


Teka Teki

Ianya kereta tapi orang tak panggil kereta apakah itu..???
Haiwan apa yang ada di kaki?
Benda apa yang kalau kita mahu pakai,kita buang???
Banyak-banyak motor,motor apa yang tiada enjin?
Dalam banyak-banyak kain,kain apa yang paling berat di dunia?
Kalau 1+1=2,jawapan lain dia apa?
Sungai apa yang tiada air????
Apa yang mahal pada BMW??


JAWAPAN:
teksi, orang tak panggil kereta pon org panggil teksi..!!!
Haiwan yang kena pijak...
Sauh kapal
MOTOROLA(jenama telefon...)
Kain songket CAP GAJAH DUDUK...
Jawapan lain salah la bha
Sungai di dalam peta
Huruf W.Kalau huruf W ditukar ngan huruf X,jadi BMX la...kan murah tu

Hiburan Dalam Konteks Islam



Hiburan merupakan satu fitrah yang disukai oleh semua manusia. Semua orang menginginkan hiburan untuk menghiburkan hati mereka. Namun, adakah mereka memanfaatkan sepenuhnya hiburan tersebut untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT atau menyalahgunakan hiburan tersebut perkara-perkara maksiat ?

Takrif Hiburan


Dalam bahasa Arab disebut sabagai al-lahw iaitu semua perkara yang melekakan manusia daripada pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang mengganggu tidur mereka. Ia juga tidak mempunyai hakikat yang sabit seperti bermain, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.


HUKUM HIBURAN :

*       Hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan yang buruk atau baik.

Contohnya berada dalam majlis yang penuh dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan membuang masa. Hukum hiburan seperti ini adalah makruh.

*      Hiburan yang memberi kesan buruk.

Memberi kesan buruk kepada individu dan masyarakat contohnya berhibur sehingga mengabaikan solat, bekerja mencari rezeki dan sebagainya. Hiburan sebegini hukumnya adalah haram.


*      Hiburan yang memberikan kebaikan.

Hiburan yang memberikan kebaikan kepada individu dan masyarakat seperti pertandingan memanah, permainan yang berfaedah, dan apa sahaja hiburan yang diterima baik oleh rasional manusia. Hukum hiburan sebegini adalah harus dan dibenarkan