Saturday, May 21, 2011

OLAHRAGAWAN NEGARA 2010

MUHAMMAD AZIZULHASNI AWANG




Biodata Ringkas Azizul Hasni:

Nama : Mohd Azizulhasni B. Awang
Nama Glamour : Pocketrocketman
Tarikh Lahir : 5 January 1988 (1988-01-05) (age 21)
Negara : Malaysia
Tinggi : 1.70 m
Berat : 70 kg

Kemasyhuran, gelaran Asia, pingat perak Kejohanan Trek Dunia dan ganjaran ribuan ringgit daripada pelbagai pihak sudah diperoleh tetapi selagi dada belum berisi dengan pelajaran yang tinggi, Azizulhasni Awang masih berasa dirinya belum lengkap.

Malah menyedari kepentingan ilmu akademik sebagai penjamin masa depan, jaguh berbasikal kelahiran Dungun, Terengganu ini bertekad untuk mendapatkan segulung ijazah Sarjana Pengurusan Sukan di Universiti Deakin, Melbourne, Australiadalam tempoh empat tahun dari sekarang.

Tanpa sesekali melupakan sesi latihan dan penyertaan kejohanan di bawah Program Jalan Ke London 2012 demi emas sulung Olimpik Malaysia, pelumba cilik ini akan memulakan pengajian awal Jun depan.

Misi antarabangsa berikutnya ialah Grand Prix Jerman di Cottbus, Jun ini namun penyertaan pada Kejohanan Asia di Kalimantan, Indonesia (Julai) bagi mempertahankan gelaran masih menjadi tanda tanya kerana dikatakan mahu memberi laluan dan pendedahan pelumba pelapis.

No comments: