Wednesday, May 25, 2011

Balotelli, Pirlo perkuatkan skuad Itali
MILAN - Pemain penyerang, Mario Balotelli dan pemain tengah, Andrea Pirlo antara nama besar yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan Itali, kelmarin untuk perlawanan Kelayakan Euro 2012 menentang Estonia di Modena pada 3 Jun ini.
Mereka sebelum ini tercicir daripada skuad kerana masalah kecederaan tetapi Cesare Prandelli amat teruja membawa semula pemain kegemarannya itu untuk aksi Kumpulan C dan persahabatan menentang Ireland di Belgium.
Pirlo, yang masih memiliki kontrak dengan AC Milan mengumumkan untuk meninggalkan juara Serie A itu dan menyertai Juventus. - Reuters

No comments: