Saturday, May 21, 2011

OLAHRAGAWATI NEGARA 2010

DATO NICOL ANN DAVID



nicoledavid2
Calon yang seorang ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Pada usia menjangkau 23 tahun ini, pencapaiannya dalam sukan skuasy bukan calang-calang. Paling manis pastinya apabila muncul juara dalam Terbuka Dunia 2005, pemain Asia pertama meraih gelaran itu selain dinobatkan sebagai pemain pertama dunia.
Dilahirkan pada 26 Ogos 1983, anak kelahiran Pulau Pinang ini bukan orang baru dalam sukan skuasy. Mula bermain skuasy ketika berusia lima tahun, sukan itu seolah-olah `diwujudkan’ untuk Nicol apabila merangkul kejuaraan peribadi yang pertama ketika berusia sembilan tahun.
Mula berlatih secara formal ketika berusia lapan tahun dan menjadi pemain profesional pada 2000, Nicol merangkul kejuaraan demi kejuaraan, termasuk Terbuka British 2005 dan juara Sukan Asia, yang kelima kali buatnya sejak Sukan Asia 1998.
Sekali pun begitu, Nicol seperti remaja lain juga mempunyai kegemaran lain. Beliau meminati aktiviti lasak seperti rock climbing dan jika ada masa terluang atau tiada latihan harian, Nicol gemar membeli-belah, melukis di samping menggemari muzik berentak r&b. Makanan kegemarannya pula adalah char koay teow goreng.
Selain cemerlang dalam skuasy, Nicol juga membuktikan kehebatannya di persada akademik. Bekas pelajar Sekolah Rendah Convent Green Lane dan Sekolah Menengah Convent Green Lane, Pulau Pinang itu memperoleh 7A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

No comments: