Sunday, February 27, 2011

malaysia vs pakistan


Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 pada perlawanan pertama (timbal balik) pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam di sini malam ini.

Dua gol pada awal dan akhir babak pertama memberikan bekalan selesa buat skuad Olimpik negara sebelum membalas kunjungan ke Lahore 9 Mac ini.Gol Malaysia Masing-Masing dijaringkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (minit ke-3), Mohd Irfan Fazail (minit 45).

Pada perlawanan tersebut, skuad Kim Swee seharusnya menang dengan jumlah jaringan lebih besar tetapi beberapa percubaan tepat jentera serangan negara berjaya dipatahkan penjaga gol lawan, Yousuf Ejaz Butt.

Pujian harus diberi kepada Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria atau lebih mesra dipanggil Kecik, yang membuka jaringan seawal minit keempat hasil rembatan menarik dari penjuru kotak penalti yang memperdayakan Yousuf untuk gol pertama negara.

Menghampiri waktu rehat, Pakistan terpaksa bermain dengan 10 orang selepas penyerangnya, Ansar Abbas dibuang padang kerana menendang penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat sebelum Mohd Irfan Fazail menambah gol kedua tuan rumah.

Pada babak kedua, skuad muda kebangsaan sepatutnya berpesta gol apabila dalam tempoh dua minit pertama, dua percubaan tepat dihasilkan, tetapi kali ini dinafikan Yousuf beraksi cemerlang sepanjang 45 minit terakhir.




No comments: