Sunday, February 27, 2011

PERSOALAN SAH DAN BATAL SOLAT

PERSOALAN SAH DAN BATAL SOLAT
SOALAN 1: Sah ataupun tidak solat yang dikerjakan oleh seseorang dimana seekor lintah sedang menghisap darah di kakinya?
JAWAPAN: Sah solatnya kerana lintah itu tidak najis walaupun ia masih ataupun sedang menghisap darah dari anggota kita yang sedang bersolat. Sekiranya darah bekas gigitan lintah itu keluar semasa orang itu sedang bersolat, maka batal solatnya.
SOALAN 2: Sekiranya kita bersolat dengan mengalaskan sejadah, sedangkan najis berada di bawahnya ataupun berhampiran dengannya, adakah solat itu?
JAWAPAN: Solat itu sah dengan syarat badan dan pakaian tidak berhubung ataupun menyentuh najis secara langsung .
SOALAN 3: Adakah batal solat sekiranya semasa sedang solat tiba-tiba terbuka ataupun terselak kain sehinggakan menampakkan aurat?
JAWAPAN: Seseorang yang sedang bersolat dan tiba-tiba terbuka aurat, adalah batal solat sama ada dibuka sendiri ataupun oleh orang lain walaupun kanak-kanak kecil. Tetapi sekiranya terbuka aurat disebabkan angin yang bertiup kemudian ditutupdengan segera, maka solat tidak batal.
SOALAN 4: Bagaimanakah dengan solat orang yang tidak mendapati air bagi berwuduk ataupun debu tanah bagi bertayamum, adakah solatnya itu sah?
JAWAPAN: Kita sedia maklum yang bersuci ataupun berwuduk adalah syarat sah solat. Allah tidak menerima ibadat solat tanpa bersuci. Dalam masalah luput dua alat bagi bersuci yaitu air dan debu, seseorang itu perlu bersolat  sebagai menghormati waktu dan wajib mengulangi semula solat itu selepas mendapat debu ataupun air.
SOALAN 5: Bgaimanakah dengan perbuatan menjawab salam ataupun mengucap  tasymit kepada orang yang bersin dalam solat, batal ataupun tidak solatnya?
JAWAPAN: Menurut pandangan mazhab Syafie, percakapan ataupun pertuturan seperti itu membatalkan solat. Sekiranya dijawab dengan isyarat , maka solatnya tidak batal.
INFO  TAMBAHAN:
 SYARAT SAH BACAAN AL-FATIHAH
1)       Bacaan itu didengarinya dengan jelas  jika dia mempunyai pendengar yang baik.
2)       Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
3)       Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak, solatnya dianggap tidak sah.
4)       Bacaan surah hendaklah dilafazkan di dalam bahasa Arab.
5)       Hendaklah menyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.
                 

No comments: