Sunday, February 27, 2011

HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN SUARA KERAS DI MASJID


HUKUM MEMBACA AL-QURAN DENGAN SUARA KERAS DI MASJID
Membaca Al-Quran dengan suara keras di masjid, ketika orang lain sedang solat dan bertafakur, hukumnya tidak boleh kerana hal ini dianggap menggangu kekhusyukan orang-orang yang sedang solat dan bertafakur, sebagaimana sabda Nabi SAW:
Ertinya:
“Bahawasanya Nabi SAW beri’tikaf di masjid, kemudian mendengar orang-orang mengeraskan suaranya dalam membaca Al-Quran, maka Baginda membuka tabir yang menutupinya dan ujarnya :”ingatlah bahawasanya kamu semua sedang bermunajat dengan Tuhan, kerana itu janganlah kalian menggangu atau menyakiti satu sama lain. Dan janganlah satu sama lain mengeraskan suaranya mengatasi yang lain dalam membaca Al-Quran”
     (H. R. Abu Dawud, Nasa’i, Baihaqi dan Hakim)
Dari Ibn Umar r.a.
Ertinya:
Bahawasanya Nabi SAW pada suatu ketika keluar (ke masjid), didapatinya orang solat dan ramai pula mereka yang mengeraskan suaranya dalam membaca Al-Quran, maka ujarnya:”Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat atau bercakap-cakap dengan Tuhannya ‘Azza wa Jalla, maka hendaknya mereka mengetahui apa yang dipercakapkannya itu! Jangalah sebahagian dari kamu mengeraskan suaranya dengan dalam membaca Al-Quran itu”.
(H. R. Ahmad dengan sanad yang sahih)
MENGENAI NIAT
Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab R.A. Katanya:”Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah kaepada Allah dan Rasulnya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perampuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.”                  



                                            











No comments: